UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM cadang tubuh Kelab Kabaddi

Jeevagan Krishnan

Jeevagan Krishnan

Reporter / Production Director of UUM Today
Huzaidy menerima cenderamata daripada Pengerusi Persatuan Kabaddi Malaysia (KAM), Sathasivam Munisamy

SINTOK : Universiti Utara Malaysia (UUM) bercadang untuk menubuhkan Kelab Kabaddi di peringkat universiti itu bagi menggalakkan penyertaan pelajar dalam sukan tradisi masyarakat India.

Pengarah Hal Ehwal Pelajar UUM, Huzaidy Hj. Hussain berkata beliau mencadang menubuhkan kelab itu kerana ia dapat mengalakkan pelajar daripada pelbagai kaum menyertai sukan ini.

Beliau juga menegaskan dengan adanya kelab ini, pelajar mendapat manfaat besar apabila dapat menggunakan kemudahan dan fasiliti sukan yang sedia ada dalam universiti ini.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Kabaddi Remaja Kebangsaan (Piala Timbalan Menteri) yang telah berlangsung dari 29 Julai hingga 30 Julai 2023 di Pusat Sukan Universiti Utara Malaysia.