UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM FC julang Piala CEO PKNK

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Mohamad Anas Jaafar

Gambar UUM FC/UUM Today

JITRA, 11 Mac – Pasukan Futsal UUM (UUM FC) cemerlang apabila berjaya mengetepikan cabaran beberapa pasukan pilihan seperti Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS), Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) yang diletak sebagai pasukan pilihan bagi membawa pulang Piala CEO PKNK.

Dalam kejohanan pada Jumaat lalu di Darulaman Sport Arena, UUM FC mencipta rekod tersendiri apabila menjulang piala kejohanan dengan rekod tanpa kalah.

Di pentas akhir, UUM FC menewaskan juara bertahan iaitu MBAS, sekali gus berjaya merampas kejuaraan pada tahun ini.

Pasukan futsal UUM menerima hadiah berupa wang tunai RM1,000 yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato’ Isahak Murat.

Pasukan UUM FC yang terdiri daripada staf UUM menyertai kejohanan ini sebagai salah satu persediaan bagi menghadapi kejohanan sukan staf universiti awam pada tahun ini. 

Berbekalkan semangat ‘demi lencana di dada’, pasukan UUM FC tekad berjuang bagi memastikan piala yang dipertandingkan dibawa balik ke bumi Sintok.

Kejohanan ini juga merupakan pentas pemilihan bagi memilih pemain yang akan mewakili Pasukan Futsal Lelaki MAKSAK Negeri Kedah di Kejohanan MAKSAK pada tahun ini.