UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM, Heihe University kukuh hubungan melalui program mobiliti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Muhammad Shamsul Shafie/UUM Today

SINTOK: Program mobiliti merupakan salah satu inisiatif bagi institusi pengajian tinggi dalam merealisasikan matlamat masing-masing.

Bagi tujuan tersebut, Universiti Utara Malaysia (UUM) melalui Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah mengadakan perbincangan dengan Heihe University, China di EDC UUM, semalam.

UUM diwakili Dekan SLCP, Prof. Dr. Shukri Ahmad, manakala Heihe University diwakili Timbalan Presiden, Prof. Dr. Xu Haishen.

Perbincangan dua hala itu merangkumi program pertukaran pelajar antara kedua-dua universiti, sekali gus bertukar Surat Hasrat (LoI).

Dr. Shukri berkata, UUM amat berbesar hati dapat menjalinkan kerjasama dengan Heihe University demi kebaikan bersama dalam memartabatkan tahap pendidikan pelajar.

Menurutnya, perbincangan tersebut turut melihat kepada prospek penghantaran pelajar dari Heihe University untuk menyambung pengajian peringkat Doktor Falsafah di UUM.

Heihe University juga berharap program peningkatan Bahasa Inggeris dilaksanakan bersama antara Heihe University dan SLCP, di samping bersama-sama menyertai seminar anjuran Heihe University.

Heihe University juga mengharapkan satu perbincangan bersama dilanjutkan bersama pihak Perpustakaan Sultanah Bahiyah dan Muzium Pengurusan UUM bagi berkongsi idea tentang pengurusan permuziuman.

Kedua-dua pihak berharap kerjasama yang dirancang itu dapat dilaksanakan dan lebih banyak kerjasama dapat dijayakan pada masa akan datang. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)