UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM iltizam tingkat tahap keselamatan dan kesihatan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh: Ts. Dr. Syazwan Syah Zulkifly

Gambar Amirullah Ikrami Akbar Jahan/UUM Today

SINTOK, 15 Februari – Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKPU) Universiti Utara Malaysia (UUM) beriltizam untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan warga UUM.

Pendaftar merangkap Pengerusi JKKPU, Ahmad Rasidi Abdullah berkata, secara keseluruhannya, JKKPU telah melaksanakan fungsi dengan baik bagi 2023 termasuk penyelesaian isu dan permasalahan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) di UUM.

Menurutnya, JKKPU memainkan peranan yang signifikan dalam bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Risiko (RMD) bagi menghadapi audit pematuhan KKP oleh pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH) Kedah.

“Saya berharap agar JKKPU dapat terus menjalankan fungsi-fungsinya seperti yang termaktub dalam Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996 dan sekali gus meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan warga UUM pada 2024,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa syukur dan menyampaikan penghargaan kepada anggota terlibat atas sumbangan dedikasi mereka dalam menjalankan fungsi masing-masing pada tahun 2023.

Perkara yang dibincangkan adalah relevan dengan KKP sepertimana yang termaktub dalam Peraturan 26, Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan) 1996. Antara isu-isu yang dibincangkan ialah permasalahan ergonomik di pejabat, pelaksanaan latihan kecemasan kebakaran (fire drill), penyediaan latihan kompetensi First Aider untuk staf dan pelajar, serta pelaksanaan audit kendiri bagi pematuhan KKP di setiap pusat pengajian, INASIS dan PTJ.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil majikan dan pekerja serta ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal KKP (JTKKP) dan wakil daripada Uniutama Management Holdings Sdn. Bhd.