UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM Jelajah Masjid perkuat hubungan dengan komuniti

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Berita dan gambar Kirti Vithyananthan (Pelajar Pelatih dari SMMTC)/UUM Today

KUBANG PASU: Bagi mengukuhkan silaturahim antara universiti dengan masyarakat, Universiti Utara Malaysia (UUM) menerusi UUM Corporate Communcation (UCC) telah menjelajah masjid sekitar negeri ini bagi mengedar naskah Al-Quran.

Program UUM Jelajah Masjid ini melibatkan tujuh masjid di sekitar daerah Kubang Pasu, Pokok Sena dan Padang Terap iaitu Masjid Bani Hashim, Hosba; Masjid Sharifah Fatimah, Kemunting Jitra; Masjid Az Zaitun, Lengkuas; Masjid Kampung Baru, Telaga Mas; Masjid Fathul Arifin, Jabi; Masjid Langgar (Tenku Kalsom) dan Masjid Al-Islah, Perik, Kuala Nerang.

Timbalan Pengarah UCC, Dr. Azahar Kasim berkata, jelajah masjid ini bertujuan mendekati komuniti setempat dan menyerahkan naskah Al-Quran dan Yassin kepada imam masjid terlibat.

Menurutnya, dengan pendekatan begini, akan merapatkan lagi hubungan antara universiti dan masyarakat, selaras dengan hasrat untuk merakyatkan universiti.

Sementara itu, Pengerusi Masjid Sharifah Fatimah, Mohamad Fida’iy Zainal Abidin berkata, beliau sangat berterima kasih kepada UUM kerana pertama kalinya pihak masjid menerima wakaf Al-Quran daripada institusi pengajian tinggi.

“Inisiatif ini sangat baik dalam usaha merapatkan hubungan antara masjid dan universiti yang bukan hanya dikenali sebagai gedung ilmu dan rumah ibadat semata-mata,” katanya.

Turut serta dalam Program UUM Jelajah Masjid ini ialah Ketua Seksyen Pentadbiran dan Pengurusan Acara, UCC, Rasidah Rodzi dan staf UCC.