UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM johan Pertandingan Fotografi Jelajah Budaya

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Dr. Mohd Azhar Abu Bakar @ Dr. Azmeer/UUM Today

KOTA KINABALU: Pelajar Sarjana Muda Pengurusan Teknologi, Natalia Borhan telah dinobatkan sebagai johan Pertandingan Fotografi Jelajah Budaya anjuran Jabatan hal Ehwal Pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Majlis Kebudayaan Universiti-universiti Malaysia (MAKUM), baru-baru ini.

Natalia, 23, merupakan ahli Kelab Fotografi yang diselaraskan oleh Pusat Budaya dan Seni (PBS) menyertai bengkel fotografi selama lima hari di Sabah sebelum bergelar juara oertandingan tersebut.

Kemenangannya itu membolehkan dia membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500, sijil penyertaan dan trofi.

“Kemenangan ini menjadi motivasi dan semangat kepada saya untuk terlibat aktif dalam bidang fotografi dan menjadi lebih yakin untuk mempelajari bidang ini dengan lebih mendalam.

“Saya ingin berterima kasih kepada Pengarah PBS, Dr. Mohd Azhar Bin Abu Bakar @ Dr. Azmeer yang memberi peluang dan menjadi pegawai pengiring semasa saya di sana. Tidak lupa juga kepada Penasihat Kelab Fotografi, Roslee Mardan yang banyak membimbing saya sehingga ke tahap ini,” katanya.

Selain UUM, turut serta dalam bengkel tersebut ialah Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan UMS  sendiri.

Bengkel Fotografi itu bertujuan memperkenalkan asas-asas dan teknik fotografi, selain sebagai tujuan mempromosikan budaya setempat kepada peserta.

Di samping itu, bengkel ini juga bagi memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai program-program kesenian dan kebudayaan universiti selaras dengan usaha pihak universiti dalam  memasyarakatkan mahasiswa dan memahasiswakan masyarakat.

Program tersebut secara tidak langsung mencungkil dan memperkembangkan bakat pelajar dalam dunia fotografi, selain mengeratkan lagi jalinan ukhuwah antara UMS dengan universiti awam yang terlibat.

Naib johan dimenangi oleh UMS yang membawa pulang wang tunai RM300, sijil penyertaan dan trofi, manakala tempat ketiga dimenangi oleh UMP membawa pulang wang tunai RM250, sijil penyertaan dan trofi.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor. – Zunaida Bahadur @ Baharom