Gambar Muhammad Khaiz Ehsa Ali (khaiz@uum.edu.my) / UUM Today
KUALA LUMPUR: Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) telah menerima kunjungan daripada delegasi Konsorsium Pengajian Tinggi dan Cendikiawan Nusantara (KPTCN), Surabaya, Indonesia, semalam.
Delegasi diketuai Prof. Dr. Supari Muslim dari Universitas Negeri Surabaya itu telah disambut Dekan (Akademik), UUMKL, Prof. Dr. Norlena Hasnan bersama Pengarah ISGUD, Prof. Madya Dr. Ahmad Rizal Mazlan dan ketua-ketua jabatan.
Antara pengisian perbincangan adalah untuk meneroka peluang kolaborasi dalam aspek pengajaran, penyelidikan dan penerbitan.

Selain itu, menurut Dr. Norlena, UUMKL dan KPTCN juga berhasrat untuk menjalinkan kerjasama dalam persidangan pendidikan demi mencapai kesepakatan pada masa hadapan.
“Saya berharap kedatangan delegasi KPTCN kali ini dapat mencapai jalinan antarabangsa bersama antara dengan warga pendidik Indonesia dan Malaysia,” katanya.
Delegasi KTPCN menunjukkan keterujaan sepanjang berada di UUMKL dan berharap lawatan tersebut akan menjadi titik permulaan untuk menjana inovasi pendidikan yang lebih berjaya.

Turut serta, wakil institusi STIH Awang Long, Universitas Negeri Malang, Universitas Lumanjang, Universias Islam Lamongan, Universitas Islam Kadiri, Universitas Swadaya Gunung Jati, Universitas Wiraja dan STT Dumai.