UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM meraikan kejayaan 40 tahun

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Muhammad Shamsul Shafie/UUM Today

SINTOK: Menjelang usia 40 tahun, Universiti Utara Malaysia (UUM) melancarkan Majlis Pelancaran Tahun Melawat UUM sempena sambutan Malam Tahun Baru 2024 yang diadakan di Inasis Tradewinds, semalam.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, UUM bersetuju untuk menyertai usaha meraikan Tahun Melawat Malaysia dengan mengadakan 40 program berprestij sebagai sebahagian daripada kalendar acara UUM.

“Pelaksanaan Tahun Melawat UUM bertujuan untuk terus memperkenalkan universiti ini sebagai universiti pengurusan terkemuka,” katanya.

Sempena malam tahun baru, tazkirah ringkas berkaitan tahun baru turut disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusnaidi Md. Sabri, seterusnya memimpin bacaan doa akhir tahun dan awal tahun.

Malam tersebut dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari artis jemputan, Haikal Farid dan Kucaimars yang menambahkan kehangatan kepada acara tersebut.

Selain itu, gimik pelancaran Tahun Melawat UUM 2024 turut menjadi tumpuan dengan penuh kreativiti dan keunikan.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Yang Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail; Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah dan Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Muhammad Izuan Faiz Abdul Rahman. – Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)