UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM sambut baik kedatangan enam pensyarah Indonesia kukuh dimensi antarabangsa

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar oleh: Hairul Nizam Zahari/UUM Today

SINTOK: International Faculty Exchange Week@UUM 2023 (IFEX@UUM 2023) menjadi platform pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk bekerjasama dengan rakan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama antarabangsa.

Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa (CIAC), Prof. Madya Dr. Arpah Abu Bakar berkata, program IFEX menyumbang kepada usaha pengantarabangsaan UUM dengan membawa universiti rakan kongsi staf akademik ke UUM untuk menjadi sebahagian daripada aktiviti pengajaran dan pembelajaran UUM dan juga sebaliknya.

“Matlamatnya adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar kita dari aspek pembelajaran antarabangsa, budaya yang pelbagai dan peluang untuk bertemu dan belajar daripada pendidik antarabangsa.

“Kita mahu memperkukuh dimensi antarabangsa UUM, memperkaya pengalaman pelajar dan mempromosikan pembelajaran antarabangsa, selain memelihara hubungan dengan rakan kerjasama melalui program pertukaran staf akademik,” katanya.

Seramai enam pensyarah universiti dari Indonesia telah menyertai IFEX@UUM 2023 yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini sehingga 9 November.

Majlis perasmian IFEX@UUM 2023 telah disempurnakan oleh Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Osman Ghazali di Auditorium 1, Perpustakaan Sultanah Bahiyah UUM, hari ini.

Dalam ucapan beliau berkata, program ini menandakan peristiwa penting bagi universiti kerana dapat memberi peluang kepada pendidik dan cendekiawan yang dihormati terutamanya dari Indonesia untuk bekerjasama.

“IFEX@UUM 2023 memberi peluang yang tidak ternilai untuk sarjana dan pendidik daripada pelbagai latar belakang untuk melibatkan diri dalam pengajaran, perbincangan, bengkel dan interaksi yang memperkayakan komuniti akademik kita,” katanya. –