UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM selesai Pilihan Raya Kampus Sesi 2023/2024

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Mohd Fuad Hamid/UUM Today

SINTOK: Seramai 95 calon yang layak bertanding bagi Kawasan Pemilihan Umum dan Kawasan Kolej COB, CAS serta COLGIS telah membuka ruang dan nafas baharu kepada pelajar UUM.

Daripada 19, 823 pelajar layak mengundi bagi sesi pemilihan kali ini, seramai 14, 561 pelajar bersamaan 73.46 peratus pelajar telah turun mengundi secara atas talian menerusi sistem E-Vote yang telah ditetapkan sehingga jam 3 petang.

Pengarah PRK, Dayang Fatimah Zaki berkata, sebanyak 19,823 pelajar layak mengundi tetapi hanya 14,561 iaitu 73.46 peratus daripada jumlah pelajar UUM telah melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi bagi memilih wakil pelajar untuk berkhidmat sebagai suara siswa dalam Majlis Perwakilan Pelajar UUM (MPP UUM) bagi sesi 2023/2024 yang telah berlangsung pada 9 Januari 2024.

Menurutnya, pilihan raya ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 9 Januari 2024 di mana proses pengundian berlangsung di atas talian menggunakan sistem E-Vote bermula 9 pagi dan berakhir pada jam 3 petang.

Katanya, seramai 29 calon bertanding bagi merebut kerusi Umum dan 66 calon telah bertanding untuk kerusi Pusat Pengajian di mana 10 calon Umum dan 34 calon telah memenangi pilihanraya kampus sesi 2023/2024.

Bagi Pusat Pengajian Undang-undang dan Akademi Golf Nasional telah menang tanpa tanding.

Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi, Asyraf Radzwan telah hadir ke Majlis Pengumuman Keputusan Pilihan Raya Kampus yang diadakan pada jam 4 petang di Dewan Penginapan Pelajar (SAC), Selasa lalu.

Beliau mengucapkan tahniah dan menyatakan hasrat KPT agar MPP UUM akan menjadi suara pelajar dan akan memberi pendapat dan pandangan di peringkat kementerian.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Raya juga kerana telah berjaya melaksanakan program ini dengan jayanya,” katanya.

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada jawatankuasa pilihan raya kampus kerana telah melaksanakan mandat dengan cemerlang.

Beliau berharap agar barisan Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar baru ini dapat bekerjasama bersama pihak universiti untuk menjayakan 40 Tahun UUM.

Terdahulu, Pilihan Raya Kampus kali ini dirasmikan dengan gimik pelancaran Hari Pilihan Raya Kampus oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP), Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin dan Penolong Naib Canselor UUM CAS, Prof. Dr. Osman Ghazali. – Kirti Vithyananthan (Pelajar Pelatih dari SMMTC)