UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM sewa empat kereta Honda Civic demi keselesaan, keselamatan staf

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Sintok: Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima empat buah kenderaan sedan, model Honda Civic daripada Sime Darby Rent A-Car Sdn. Bhd., pagi tadi.

Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, usaha ini dapat memberi keselesaan kepada staf ketika menjalankan tugas di luar kawasan terutamanya pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

“UUM sentiasa memberi keutamaan kepada aspek keselamatan staf supaya dapat menjalankan tugas dengan selesa, ceria serta selamat sampai ke destinasi yang dituju.

“Kenderaan ini akan digunakan secara bersama untuk semua pengguna dan dapat digunakan secara optima. Saya berharap perkhidmatan yang diberikan ini akan membantu memudahkan urusan pengurusan dan pentadbiran UUM,” ujarnya.

Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengurusan Universiti di atas kerjasama dan sokongan dalam membantu menambahbaik pengurusan kenderaan Universiti menerusi perolehan sewaan kenderaan.

Menurutnya, UUM bersetuju untuk membuat perolehan kenderaan sewaan memandangkan lebih 80% kenderaan sedan universiti telah berusia melebihi 10 tahun malah, dua unit daripada jumlah kenderaan ini berusia hampir 25 tahun.

Di samping itu, kos penyenggaraan kenderaan yang tinggi menjadi faktor pihak UUM memerlukan kenderaan yang baharu.

“Tahniah kepada pihak Sime Darby Rent A-Car kerana berjaya menjadi pembekal kenderaan kepada pihak UUM untuk tempoh dua tahun.

“Menerusi sewaan ini, semua kos penyenggaraan dan wear & tear kenderaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak Sime Darby Rent A-Car yang secara tidak langsung menjimatkan perbelanjaan kewangan Universiti,” tambahnya.    

Beliau meletakkan keyakinan terhadap pihak Sime Darby A-Rent yang merupakan pakar dalam Pengurusan Fleet Kenderaan sekali gus berhasrat mewujudkan kerjasama strategik dalam jangka panjang.