UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM terima Anugerah Majikan Pilihan Graduan

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar PKPK UUM/UUM Today

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah hadir ke Majlis Graduates’ Choice Award 2023 anjuran TalentBank Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi di Sunway Resort Hotel, baru-baru ini.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pendidikan Tinggi, Dato’ Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian.

Majlis ini dianjurkan sebagai penghargaan kepada pencapaian majikan dan universiti di seluruh Malaysia yang secara konsisten telah menunjukkan kecemerlangan dan inovasi dalam inisiatif mempertingkat kebolehpasaran graduan.

Pada majlis ini, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed telah menerima anugerah di mana UUM telah mendapat Anugerah Majikan Pilihan Graduan di bawah kategori Institut Pendidikan Tinggi Awam Pilihan Graduan.

Anugerah ini telah diaudit oleh Ahli Lembaga Audit yang terdiri daripada wakil daripada pelbagai universiti dan keputusan anugerah itu 100 peratus ditentukan oleh undian yang diberikan oleh pelajar universiti.  

Turut hadir mewakili UUM, Dekan Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi dan Pengarah Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya, Dr. Fikriyah Abdullah. – Anis Zulaikha Kamal