UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM terima Geran Penyelidikan bagi Kajian Berhubung Kewajaran Cadangan Penggubalan Akta Pembelaaan Awam

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima surat pemakluman pemberian peruntukan geran penyelidikan bagi menjalankan kajian berhubung kewajaran penggubalan akta pembelaan awam di Malaysia daripada Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri.

Kajian yang akan dijalankan ini telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) di Parlimen sebelum ini.

Surat lantikan dan pemakluman geran kajian itu disampaikan oleh Pengarah Seksyen Dasar Dan Penyelidikan, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Puan Intan Syahrina Zainal Abidin.

Beliau yang ditemui selepas majlis itu memaklumkan surat penawaran kajian yang disampaikan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan input dan memberikan cadangan kepada kerajaan kewajarannya samada keperluan akta baru ini.

Kajian tersebut diketuai oleh Prof Madya Dr Yusramizza Md Isa @ Yusuff yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Akta Pembelaan Awam yang telah dilantik oleh kerajaan Malaysia sebelum ini. Beliau juga adalah Felo Penyelidik Asian Research Centre for Corporate Governance (ARICG) dan pensyarah Pusat Pengajian Undang-Undang, UUM.

Penyelidik-penyelidik lain adalah terdiri daripada 18 penyelidik-penyelidik fakulti undang-undang di UM, UUM, UKM, UIAM, UITM, UNISZA, USIM dan MMU.

“Selepas kajian dilaksanakan nanti pihaknya akan membuat perbandingan selain daripada memilih model apakah yang sesuai dan memberi manfaat kepada rakyat,” katanya lagi.

Terdahulu Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan mengalu-alukan kunjungan mereka ke universiti ini dan berharap dengan kerjasama yang termeterai ini akan menjadi nilai tambah kepada penyelidik di universiti ini.

“Dengan peruntukan pengurusan kewangan yang diterima dari geran ini diharap memudahkan proses penyelidikan yang akan dilakukan oleh kalangan pensyarah UUM nanti,” sambung beliau lagi.

Dr Mohd Foad yakin para penyelidik yg akan membuat perancangan yang teliti dan akan menyiapkannya dalam tempoh empat bulan nanti.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Russayani Ismail, Pengarah ARICG, Prof Dr Noor Afza Amran, Pengarah RIMC UUM, Prof Madya Dr Idayu Mamat, En Azril Wanchik Ketua Penolong Pengarah, BHEUU dan Prof Madya Dr Yuhanif Yusof.