UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM terima lawatan audit Pertandingan IPT Bebas Denggi

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar Adawyyah Anuar/UUM Today

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan audit bagi Pertandingan IPT Bebas Denggi 2023, baru-baru ini.

Tahun ini merupakan penyertaan kali ketiga UUM di peringkat kebangsaan di mana Inapan Siswa (INASIS) Mas dan TNB telah dilantik sebagai wakil bagi kategori kolej kediaman untuk dinilai.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Pusat Kesihatan Universiti, Adawyyah Anuar berkata, penilaian melibatkan kategori pengurusan denggi, kebersihan persekitaran, program kesedaran dan inovasi serta kreativiti terbaik termasuk melibatkan aspek program 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di dalam kampus.

Sepanjang lawatan audit, panel penilai telah dibawa untuk menilai projek idamanXchange DTRC (Drive Thru Recycle Center) iaitu hasil kerjasama Pusat Pengujian, Pengukuran dan Penilaian (CeTMA) dan E-Idaman Sdn. Bhd. yang baru beroperasi di Varsity Mall pada April 2023.

Seramai enam panel penilai terlibat dari empat kementerian yang berbeza iaitu Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Panel penilai turut bertemu dengan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang menyatakan sokongan program berkaitan bebas denggi yang dilaksanakan di UUM.

Pada 30 Ogos lalu, PKUUUM sebagai sekretariat pertandingan ini telah menghantar laporan aktiviti pengurusan denggi kepada IPT Bebas Denggi 2023 untuk penilaian awal oleh panel penilai.

Penilaian awal telah dijalankan pada 15 dan 20 September lalu dan UUM telah disenarai pendek untuk penilaian di lapangan.

Untuk rekod, UUM pernah menyandang johan pada 2018 serta mendapat tempat kedua dan Inovasi Terbaik pada 2019 dalam pertandingan yang sama. – Adawyyah Anuar