UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM TUAN RUMAH ISTIADAT PENTAULIAHAN DIRAJA PEGAWAI KADET PALAPES UA KE-41

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Universiti Utara Malaysia (UUM) dipilih sebagai tuan rumah untuk Istiadat Pentauliahan Diraja Pegawai Kadet PALAPES Universiti Awam (UA) Ke-41 pada September 2023.

Pengarah Pengurusan Latihan Markas Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat Brig Jeneral Dato’ Abu Hasan Assha’Ari Kamis @Shaffiee berkata, dijangka 1600 pelajar dari Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES)  UA ini akan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda di majlis itu nanti.

“Program tahunan ini akan berlangsung pada cuti semester dan dihadiri oleh PALAPES dari 16 UA,” ujarnya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan fungsi Naib Canselor Prof Dr Shahimi Mohtar di Balai Tamu, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin pagi tadi.

Dalam pertemuan itu beliau turut berbincang mengenai hala tuju PALAPES di universiti ini termasuk pelantikan pegawai kehormat bagi menarik minat pelajar dari kampus ini.

Delegasi ini turut mengadakan lawatan dan pertandingan golf persahabatan di Kelab Golf Sultan Sallehuddin UUM.

Turut hadir dimajlis ini ialah Ketua Cawangan Pengurusan Latihan Markas Pemerintahan Latihan Dan Doktrin Tentera Darat, Lt Kol Hazrin Yahya, Timbalan Komandan PALAPES UUM, Lt Kol Mohamad Ezanee Yazid, Ketua Jurulatih PALAPES UUM, Lt Kol Zahrulnizam Mohd Rashid dan pegawai kanan universiti.