UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM TUAN RUMAH ISTIADAT PENTAULIAHAN PALAPES UA KE-41

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

SINTOK – Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Dr Mohd Foad Sakdan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PELAPES) Universiti Awam (UA) ke-41 di School of International Studies (SoIS) UUM pagi tadi.

Mesyuarat itu untuk membuat persediaan bagi menyemak persediaan untuk istiadat pentauliahan September ini.

Dijangka 1600 pelajar dari 16 Universiti Awam (UA) akan ditauliahkan sebagai Pegawai Muda semasa cuti semester pada September ini.

Terdahulu Panglima Latihan Tentera Darat, Mejar Jeneral Datuk Marzuki Mokhtar dan delegasi melawat Galeri Universiti di Foyer Canselori Sultan Sallehuddin sebelum mengadakan pertemuan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor.