UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM ungguli kejohanan taekwando di 18th SPU Invitational Taekwondo Carnival Championship 2024

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Afiza Mohammad

Gambar Pusat Sukan/UUM Today

KEPALA BATAS, 1 Februari – Pasukan Taekwondo Universiti Utara Malaysia (UUM) cemerlang di 18th SPU Invitational Taekwondo Carnival Championship 2024 apabila berjaya mengungguli juara keseluruhan dalam kategori terbuka di Dewan Millenium, Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Sukan, Dr. Nasiruddin Haron berkata, UUM menamatkan kejohanan ini dengan lima pingat emas, enam pingat perak dan tiga pingat gangsa menerusi acara yang telah dipertandingkan.

Menurutnya, lima pingat emas itu telah disumbangkan menerusi Muhammad Luqman Qayyim Mohamad Rady dalam kategori ‘fin’ lelaki, Syed Alhanif Syed Alhakim kategori ‘fly’ lelaki, Ahmad Fauzi Ahmad Nazri kategori bantam lelaki, Amirah Zul Qarnain kategori ‘fly’ wanita dan Puteri Farah Diba Natasha Zakaria kategori ‘feather’ wanita.

Katanya, pingat perak pula disumbangkan menerusi Muhammad Suhaimy Kamaluddin Mohd Kamal dalam kategori ‘feather’ lelaki, Mohamad Afnan Ahmad Nazri kategori ‘welter’ lelaki, Nurul Arisya Rosman kategori ‘fin’ wanita, Nur Shahnaz Huda Asmawi kategori bantam lelaki, Syarfa Salhi kategori ‘feather’ wanita dan Nur Zulaikha Arifah Abdul Rasid kategori ‘welter’ wanita.

“Tiga pingat gangsa turut disumbangkan menerusi Wan Shakir Wan Ismail dalam kategori bantam lelaki, Nik Muhammad Fazrul Amri Nik Roslan kategori ‘heavy’ lelaki dan Hee Yen Voon kategori ‘fin’ wanita.

“Tahniah saya ucapkan kepada atlet taekwondo atas sumbangan pingat buat UUM dan ia merupakan pencapaian yang amat membanggakan kerana keseluruhannya semua atlet yang bertanding berjaya menyumbang pingat buat UUM bagi permulaan 2024.

“Kemenangan ini juga merupakan persiapan awal untuk ke Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) pada April nanti dan Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2024 pada September akan datang,” katanya.

Dr. Nasiruddin berkata, semoga pada kejohanan-kejohanan yang akan datang atlet UUM akan terus cemerlang dalam menyumbang pingat buat UUM.