UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUM-UniMAP erat hubungan melalui sukan badminton

Siti Fatimah Abdullah

Siti Fatimah Abdullah

UUM Feature Editor and journalist for UUM TODAY news portal

Oleh: Nor Erna Jaslia Mohamad Adam (Pelajar Pelatih dari SMMTC)

Gambar oleh: Hairul Nizam Zahari

Sintok: 10 kumpulan mewakili staf akedemik Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) berentap dalam pertandingan badminton persahabatan yang diadakan di Pusat Sukan UUM.

Pertandingan itu turut menyaksikan Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan dalam menunjukkan aksi beliau bermain badminton.

Keputusan penuh bagi pertandingan persahabatan itu dijuarai oleh pasukan UUM dengan keputusan 6-4.

Pertandingan persahabatan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturahim antara kedua institusi pengajian tinggi itu. Program itu juga menyaksikan pertemuan antara Naib Canselor UUM dengan UniMAP.

Turut hadir, Naib Canselor UniMAP, Prof. Dato’ Ts. Dr. Zaliman Sauli, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) dan Menjalankan Fungsi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed dan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniMAP, Prof. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah.