UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUMKL dan Affin Bank santuni anak yatim dan asnaf

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Nur Afiqah Abu Bakar
Gambar UUMKL/UUM Today

PETALING JAYA, 21 Februari – Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) merupakan satu komitmen sesebuah organisasi terhadap masyarakat.

Atas dasar ini, Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) mengambil inisiatif untuk menjalin kerjasama dengan Affin Bank melalui Group People Office dan Persatuan Pelajar Siswazah UUMKL menganjurkan program CSR Jalinan Kasih di Rumah Anak Yatim dan Asnaf Nur Sakinah.

Program ini mendapat tajaan daripada Shariah Supervisory, Affin Islamic Bank sebanyak RM22,100.

Ketua Group People Office, Affin Bank, Dr. Mohd Syukri Ahmad Sudari berkata, antara inisiatif program CSR ini termasuklah pemasangan penghawa dingin, mengecat bilik, pembelian katil, buku-buku dan peralatan pembelajaran, susun atur halaman, penaman pokok herba untuk kemudahan memasak serta pembelian permainan untuk kemudahan anak yatim dan asnaf Nur Sakinah.

Menurutnya, kewajipan pengurusan sesebuah organisasi adalah untuk membuat keputusan dan tindakan yang boleh membantu kebajikan dan kebaikan bukan hanya pada organisasi sahaja tetapi turut kepada komuniti dan masyarakat

Sementara itu, Prof. Madya Dr. Aizan Yaacob berkata, program CSR ini dilihat sebagai salah satu program berimpak positif yang berjaya mendekatkan institusi pendidikan tinggi serta industri dengan masyarakat.

“Antara aktiviti bersama anak yatim dan asnaf yang dijalankan termasuklah gunting rambut, peraduan mewarna dan sukaneka.

“Saya berharap agar program sebegini seharusnya diteruskan dan menjemput penghuni Rumah Sakinah untuk ke UUMKL bagi merasai suasana pembelajaran di institusi pengajian tinggi,” katanya yang mewakili Provos UUMKL.

Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Bidayatul Akmal Mustafa Kamil, Pensyarah UUMKL, yang menjalani Latihan Industri CUIC UUM melalui Program CEO@Faculty, Kementerian Pendidikan Tinggi di Group People Office, Affin Bank selama enam bulan kerana mengeratkan kerjasama UUM dengan Kumpulan Affin melalui inisiatif program itu.