UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUMKL jadi PTJ pertama terima lawatan kerja rasmi TNC (A&A)

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Nur Afiqah Abu Bakar
Gambar Muhammad Rashid Khair/UUM Today

KUALA LUMPUR, 2 April – Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Mohd Azizuddin Mohd Sani meluangkan masa berjumpa dan beramah mesra dengan semua staf akademik dan pentadbiran UUM Kampus Kuala Lumpur (UUMKL), semalam.

Melalui sesi lawatan dan interaksi ini, Provos UUMKL, Prof. Dr. Norlena Hasnan telah membentangkan dan memberi penerangan mengenai pencapaian, pelan perancangan serta hala tuju UUMKL.

Dr. Mohd Azizuddin juga berkongsi pandangan dan hasrat beliau bagi memperkasakan peranan kampus cawangan dalam meningkatkan prestasi kecemerlangan UUMKL dari segi akademik dan pentadbiran.

Sesi interaksi dua hala sebegini dilihat sebagai satu program yang memberi impak positif kerana staf berpeluang menyuarakan pendapat dan persoalan terus kepada TNC (A&A).

Selain itu, turut dibincangkan strategi pemasaran, peluang kerjasama strategik serta penambahbaikan yang boleh dilaksanakan selaras dengan objektif universiti.