UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

UUMKL santuni warga Sekolah Jalinan Kasih, Chow Kit

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Oleh Nur Afiqah Abu Bakar

Gambar Prof Madya Dr. Aizan Yaacob/UUM Today

KUALA LUMPUR, 3 April – Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) dengan kerjasama Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd dan Waqaf An-Nur Corporation Berhad telah menganjurkan program ‘Misi Jannah’ bersama-sama pelajar dan pendidik Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih, Chow Kit, baru-baru ini.

Waqaf An-Nur, sebuah syarikat maqasid syariat telah membuka peluang kepada orang ramai atau institusi untuk berwakaf melalui program yang ditawarkan, manakala Ieza Yusof Consultancy Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik Norriza Muhamad Yusof atau lebih dikenali sebagai Ieza Yusof @ Mak Jerung yang juga merupakan pelajar UUMKL.

Program ini khusus dijalankan di bawah kursus pascasiswazah BIFF 5063 Community Engagement Project seliaan Prof. Dr. Rosylin Mohd Yusof, Pengarah Pusat Zakat dan Waqaf UUM yang juga merupakan pensyarah UUMKL.

Dr. Rosylin berkata, objektif utama program ini adalah untuk menyantuni golongan asnaf bagi memupuk semangat mereka ke arah menjadi lebih positif, di samping penyampaian sumbangan hari raya dan ceramah motivasi serta jamuan berbuka puasa.

Turut serta Provos UUMKL, Prof Dr Norlena Hasnan dan kakitangan UUMKL.