UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Vitrox Graduation’s Day raikan Vitrox Padawan 3.0

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

Gambar PKPK/UUM Today

SINTOK: Seramai 21 padawan daripada Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menghadiri Majlis Graduasi Vitrox di Vitrox Corporation Berhad, Batu Kawan.

Majlis graduasi ini telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Vitrox, Chu Jenn Weng.

Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Massudi Mahmuddin berkata, beliau berterima kasih kepada Vitrox Corporation kerana sudi melatih dan mendedahkan kepada pelajar UUM cara agar lebih bersedia untuk menempuh alam pekerjaan terutama dengan perkembangan industri hari ini.

Menurutnya, antara tujuan utama School of Hard Knock adalah untuk membantu meningkatkan kebolehpasaran graduan UUM, sejajar dengan itu beliau percaya kolaborasi ini mampu merealisasikan tujuan itu.

Katanya, pihak universiti berharap kerjasama antara Vitrox Corporation dan UUM dapat terus berkekalan melalui program-program sebegini pada masa hadapan.

CEO Vitrox Corporation, Chu Jenn Weng berkata, lawatan UUM ke Vitrox beserta padawan ini amat bermakna.

“UUM juga menunjukkan satu usaha untuk terus berkolaborasi dengan Vitrox. Saya berharap melalui program ini, semakin ramai padawan yang akan melibatkan diri dalam program School of Hard Knocks di bawah bimbingan Vitrox.

“Diharapkan melalui kerjasama ini, hubungan antara UUM dan Vitrox semakin kukuh dan dapat bekerjasama untuk program yang akan datang,” katanya.

Penyelaras School of Hard Knocks, Dr. Adilah Azhar berkata, program ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama mereka yang berada di tahun akhir pengajian.

Menurutnya, padawan juga memperoleh pengalaman serta suasana kerja dalam industri sebelum mereka memulakan latihan industri di semester akhir lalu memasuki alam pekerjaan setelah bergraduasi.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Muhammad Iskandar Zulkarnain Muhammad Suhaimi dan Dr. Fikriyah Abdullah selaku Pengarah Pusat Kaunseling dan Pembangunan Kerjaya UUM. – Anis Zulaikha Kamal