UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Warga emas dan asnaf dirai

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .

CHANGLUN: Seramai 40 asnaf dan warga emas diraikan oleh Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Surau Muhajirin, Dataran Penjaja, Changlun pagi semalam.

Haim Hilman dalam ucapannya mengharapkan program komuniti seperti ini dapat mendekatkan lagi universiti dengan masyarakat.

“UUM dekat dengan hati masyakat selain daripada kewujudannya sebagai institusi pendidikan tinggi di negeri ini dan negara amnya,” sambung beliau.

Prof. Dr. Haim Hilman ketika mendekati warga emas dan asnaf di Surau Muhajirin, Dataran Penjaja, Changlun. Muhammad Shamsul Shafie/UUM Today

Katanya pendekatan merakyatkan kampus ini seiring dengan harapan agar penduduk juga dapat menikmati kewujudan universiti ini.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Warga Emas Langkasuka, Kubang Pasu (Pewaris) ini turut mengatur beberapa lawatan dan aktiviti lain antaranya ziarah Ke Masjid Zahir, Makam Diraja Langgar dan tempat lain sekitar bandar Alor Setar menggunakan bas UUM.

Naib Canselor UUM Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah bersama warga emas dan asnaf Kubang Pasu bergambar kenangan. Muhammad Shamsul Shafie/UUM Today

Selain memberikan ucapan, Naib Canselor turut bersarapan bersama warga emas dan asnaf yang kemudian mengiringi mereka ke bas yang disediakan dan menyampaikan cenderamata.

Dalam pada itu, Pengerusi Pewaris, Dr. Zulkurnai Ghazali dalam ucapan aluannya memaklumkan mengenai pertubuhan sukarela ini yang berkonsep kebajikan untuk membantu warga emas dan asnaf yang hidup di bawah paras kemiskinan tegar dan miskin.

Beliau turut berharap dengan penglibatan dan penyertaan UUM ini dapat mendekatkan hati masyarakat dengan universiti ini seperti yang diharapkan oleh Naib Canselor.

Turut hadir Dekan SAPSP, Prof. Madya Dr. Md Zawawi Abu Bakar.

Bas disediakan oleh UUM untuk membawa warga emas dan asnaf ke Alor Star.