UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Waris Nurul Syawanie terima RM24,000

Nordiana Shafiee

Nordiana Shafiee

UUM News Editor, Journalist

SINTOK: Waris Allahyarham Nurul Syawanie Saidin yang meninggal dunia akibat kanser telah menerima sumbangan menerusi Skim Khairat Kematian MKSK UUM-Takaful Ikhlas berjumlah RM24,000.

Penyerahan replika cek Skim Takaful MKSK UUM itu disampaikan oleh Timbalan Pendaftar, Azahari Azmi kepada suami Allahyarham, Mohamad Padli Abu Hasan di Bilik Mesyuarat Jabatan Pendaftar, baru-baru ini.

Nurul Syawanie merupakan Pembantu Awam di Pusat Kesihatan Universiti ketika disahkan menghidap kanser lymphoma sebelum meninggal dunia pada Julai lalu.

Allahyarham merupakan pencarum Skim Khairat Kematian MKSK UUM-Takaful Ikhlas sejak 2020.

Hadir sama pada sesi penyerahan itu ialah Penyelaras Skim Takaful MKSK UUM, Lukman Moidin.

Skim Takaful Berkelompok MKSK mula diperkenalkan di UUM pada 2018 bertujuan untuk menjaga kebajikan staf, ahli keluarga serta waris dengan memberi perlindungan kepada waris jika pencarum ditimpa penyakit, musibah dan kematian.

Sehingga kini, seramai 1,177 staf UUM dan ahli keluarga yang menyertai skim tersebut dengan jumlah tuntutan manfaat yang telah diterima sejak 2020 berjumlah RM97,320.