UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

Yayasan Bank Rakyat sumbang RM100,000 kepada pelajar B40 UUM

Samsudin Oli

Samsudin Oli

Journalist and Assignment Editor for UUMTV .
Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah (dua dari kanan) menerima relika cek daripada Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani. – Gambar UUM TODAY Oleh: Shamsaimi Ezil

SINTOK –  Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukan RM100,000 kepada 100 pelajar B40 Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sumbangan bantuan awal pengajian bagi tahun 2023 ini disampaikan oleh  Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani.

Penyerahan replika cek Bantuan Awal Pengajian ini turut disaksikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah di Perpustakaan Sultanah Bahiyah universiti ini.

Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban kewangan pelajar-pelajar baharu yang mula mendaftar untuk sesi pertama pengajian mereka.

Sepuluh pelajar yang menerima sumbangan RM1,000 setiap seorang di majlis itu.

“YBR melaksanakan inisiatif ini bagi memastikan pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terutama mereka dari luar bandar, pendalaman dan miskin bandar untuk meneruskan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini,” ujarnya ketika ditemui di majlis itu.

Bagi tahun 2022 seramai 2,916 pelajar IPT telah menerima bantuan awal pengajian YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.27 juta yang melibatkan 19 IPT terkemuka di Malaysia serta melalui permohonan 11 badan bukan berkeuntungan bagi inisiatif ini.

Manakala, peruntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal juga diagihkan sebagai usaha untuk menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.

Di majlis yang sama YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat  atau lebih dikenali dengan nama ‘SIR Corner’ turut menyumbangkan set kelengkapan ‘SIR Corner’ kepada perpustakaan UUM.

Haim Hilman melihat laman SIR Corner yang dilancarkan.

Sumbangan ini diharap dapat memberikan memanfaat kepada seluruh pelajar universiti ini dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan-bahan bacaan ilmiah secara digital.

Dalam pada itu, Naib Canselor Prof Dr Haim Hilman dalam ucapannya berkata, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEP) telah memilih dan menyenaraikan pelajar B40 yang akan menerima sumbangan sebanyak RM1000 seorang itu.

“Pihak pengurusan universiti amat berterima kasih kepada pihak YBR khususnya dan semua pihak yang sentiasa memilih universiti ini untuk menyalurkan sumbangan kepada pelajar-pelajar disini,” katanya.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed, Ketua Bahagian Operasi YBR, Mohd Mukhti Abd Rahman dan Pengurus Komunikasi Korporat YBR, Mohamad Ghazali Zainal Abidin.