religion

Kuasai ilmu pengurusan jenazah tuntutan fardhu kifayah

SINTOK: Pusat Islam dengan kerjasama Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah bagi memperkasakan lagi sukarelawan yang sedia ada selain menarik staf yang lain bagi mengisi ilmu baharu mengenai pengurusan jenazah.

Kursus yang dijalankan pada 5 September lalu menampilkan penceramah, Firdaus Che Rush, Imam Masjid Changkat Setul memfokuskan kepada pengurusan jenazah yang menghidap penyakit HIV dan AIDS serta jenazah yang terlibat dalam kemalangan. 

“Setiap jenazah yang berpenyakit seperti AIDS, HIV dan kematian akibat kecederaan teruk dalam kemalangan mempunyai prosedur yang berbeza berbanding cara menguruskan kematian yang biasa,” katanya.

Program ini disertai oleh lebih 60 peserta yang terdiri dari sukarelawan dan staf Pusat Islam dan mereka memberi maklum balas yang baik dan sering mengajukan soalan kepada penceramah berkenaan tajuk kursus.

Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati oleh Ustaz Aus Korni kepada penceramah jemputan sebagai tanda kenangan.

Semoga program yang dijalankan ini  memberi manfaat kepada semua dan dapat diteruskan lagi di masa hadapan. –  Muhammad Uzair Abdul Shukor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button