UUM Today

Your Reliable Digital Information

Powered by DaysPedia.com
Time in %PlaceName now
1023

SINTOK: Siapapun kita lakukan yang terbaik. Itu prinsip yang tersemat di sanubari Nor Hazelin Hazman yang dinobatkan sebagai Ikon Siswa Pahang 2023 atas kecemerlangan akademik.

Dengan pengiktirafan ini, pelajar Sarjana Muda Keusahawanan semester enam yang berasal dari Temerloh Pahang berjaya membawa pulang sijil kecemerlangan, plak dan wang tunai sebanyak RM2,000 pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.

“Semestinya saya berasa sangat bersyukur dan gembira dengan penganugerahan yang terlalu istimewa kerana dapat mewakili UUM di peringkat negeri Pahang kerana antara ketiga-tiga ikon mahasiswa anak Pahang saya merupakan wakil dari Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA).  

“Dengan penganugerahan yang diberikan ini juga saya harap dapat memberi   suntikan semangat dan motivasi kepada pelajar UUM untuk terus bergiat aktif seikhlas hati bersama kerajaan Negeri Pahang di samping tidak melupakan niat asal kita untuk belajar dengan cemerlang,” ujarnya.

Beliau yang juga Presiden Kelab Patriot Chapter Pahang UUM (MAMPAN UUM) aktif melibatkan diri dalam memberi sumbangan Bantuan Prihatin Pelajar kepada mahasiswa anak Pahang di Raub bersama Yayasan Pahang dan Mampan Kebangsaan selain melibatkan diri di dalam program tanggungjawab sosial korporat.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dr. Mohd Foad Sakdan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan membawa nama UUM dengan pengiktirafan yang diberikan kerajaan negeri Pahang.

“Saya berharap pencapaian ini dapat menjadi inspirasi kepada kepada pelajar lain   dan menunjukkan tiada yang mustahil jika kita terus berusaha dengan tekun dalam setiap urusan. 

“Semoga anak Pahang boleh terus bergerak ke hadapan dan mewujudkan kolaborasi dengan kerajaaan negeri mengikut kesesuian untuk mengadakan aktiviti berimpak tinggi,” katanya pada majlis meraikan kejayaan Nor Hazelin yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, semalam.

Turut berkongsi kegembiraan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed menyifatkan sesi ini cukup bermakna buat UUM.

“Baru-baru ini, Kerajaan Pahang meraikan mahasiswa universiti yang berasal dari negeri itu dalam satu majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pusat Dagangan Dunia dan antara acara kemuncak ialah penganugerahan Ikon Siswa Pahang 2023.

“Dari 20 IPT kita di antara 3 IPT yang mendapat pengiktirafan, pada saya pencapaian pelajar ini merupakan kejayaan yang cukup cemerlang lebih membanggakan beliau juga merupakan pelajar kelas pertama,” ujarnya.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *