Sports

SUKIPT 2024: Aksi bermula dengan cemerlang

SINTOK: Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) memulakan acara dengan aksi perlawanan mendebarkan bermula semalam.

Semalam menyaksikan perlawanan peringkat awal seperti karate, sepak takraw regu, petanque – double (lelaki dan wanita), lawn bowls (wanita), ragbi 7’s dan badminton (single dan double) lelaki.

Hari ini, perlawanan diteruskan dengan acara sukan seperti golf, aerodance, kayak, bola keranjang dan bola tampar yang juga merupakan di peringkat awal.

Basikal MTB yang berakhir pagi tadi menyaksikan kemenangan berpihak kepada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), KPTM, UniMAP, UTeM dan UiTM.

Sebanyak 73 kontinjen, lebih 6,000 atlet berentap masing-masing menunjukkan semangat juang yang tinggi bagi menjulang pingat emas mewakili IPT masing-masing.

Malam ini, Majlis Perasmian SUKIPT 2024 bakal berlangsung yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Ts Mustapha Sakmud di Stadium UUM.

Untul rekod, KPT turut menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 bagi atlet yang berjaya melepasi rekod kebangsaan.

Maklumat lanjut, boleh layari https://www.sukipt.com.my 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button