Sports

SUKIPT 2024: UUM peroleh tiga pingat gangsa hari ketiga

PERLIS: Universiti Utara Malaysia (UUM) akhirnya berjaya memperoleh tiga pingat gangsa pertama pada hari ketiga Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2024, semalam.

Pingat gangsa tersebut dimenangi oleh Wan Shakir Wan Ismail melalui acara sukan taekwando 58-63 kg dan Nur Zulaikha Arifah Abdul Rasid bagi acara taekwando 62-67 kg, manakala pingat gangsa seterusnya disumbangkan oleh Nur Nadhirah Azmi melalui acara lawn bowls – single.

Sementara itu, Wan Shakir berasa terkejut dengan kemenangan tersebut dan sama sekali tidak meletakkan harapan tinggi memandangkan SUKIPT merupakan platform sukan terbesar IPT yang menghimpunkan ramai atlet hebat, jadi beliau hanya fokus pada setiap permainan sahaja.

“Persiapan yang dilakukan juga sangat rapi terutamanya apabila saya mendapat sokongan daripada jurulatih UUM, Shaiful Nizam Sham Ch’ng yang sanggup luang masa untuk mengajar pasukan taekwando menyebabkan semangat juang saya semakin tinggi.

“Beliau mengatur strategi bagi memastikan pasukan kami berjaya, malah pada perlawanan ketiga, saya mula rasa sakit tangan dan hampir berputus asa tetapi atas nasihat jurulatih meminta saya teruskan juga, jadi saya berusaha sampai dapat menang gangsa,” katanya.

Ketiga-tiga perlawanan itu berlangsung di Dewan Harum Manis, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau dan Majlis Sukan Negara Perlis.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button