Dua atlet golf UUM layak ke PKNS Selangor Masters 2026
SINTOK, 29 Januari 2026: Dua atlet Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (AGNUUM) mencipta kejayaan membanggakan apabila berjaya melayakkan diri ke PKNS Selangor Masters 2026 selepas menamatkan saingan PGM Qualifying School & PKNS Selangor Masters Qualifier yang berlangsung di Kelab Golf Seri Selangor baru-baru ini.
Zia Iqmal Abdul Rashid dan Muhammad Farez Mohd Azihan, menunjukkan prestasi yang konsisten sepanjang kejohanan kelayakan tersebut.

Zia Iqmal mencatatkan skor 75, 74 dengan jumlah pukulan 149, menjadikan jumlah keseluruhan lima di atas par (+5).
Sementara itu, Muhammad Farez Azihan mempamerkan aksi mantap dengan merekodkan 74 bagi kedua-dua pusingan dengan jumlah pukulan 148 dengan jumlah empat di atas par (+4). – Kori Ariff



