Sports

Pelajar AGN ungguli Kejohanan Golf Amatur Terbuka Kedah 2025

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Zaheruddin Othman

KULIM, 7 Julai 2025: Pelajar Akademi Golf Nasional (AGN), Muhammad Hariz Muhammad Hezri, 20, mengungguli Kejohanan Golf Amatur Kedah 2025 yang berlangsung di Kulim Golf Club dengan meraih tempat pertama.

Beliau menewaskan pencabar terdekat Nateeshvar Ganesh daripada Malaysian Golf Association (MGA) dengan kelebihan enam pukulan.

Kejohanan Golf Amatur Kedah 2025 berlangsung daripada 3 hingga 6 Julai itu menghimpunkan seramai 84 pemain dari seluruh negara.

Kejayaan Muhammad Hariz itu meneruskan kejayaan pelajar AGN di peringkat kebangsaan di mana sebelum ini di Kejohanan Golf Amatur Negeri Sembilan yang berlangsung pada 10 hingga 12 Jun apabila pelajar AGN, Zia Iqmal Abdul Rashid yang menjadi juara kejohanan tersebut.

AGN berazam meneruskan kejayaan di Kejohanan Golf Amatur Kelantan yang dijangka berlangsung pada hujung bulan ini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button