Sports

UUM juara 31st USM MILO Pesta Bola Jaring Penang International 2025

Gambar Nor Fatimah Hashim

PULAU PINANG, 27 Oktober 2025: Pasukan Bola Jaring Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai Kejohanan 31st USM MILO Pesta Bola Jaring Penang International 2025 yang berlangsung daripada 25 hingga 26 Oktober lalu di Kompleks Sukan Azman Hashim, Universiti Sains Malaysia (USM).

Penyelaras Sukan Bola Jaring, Nor Fatimah Hashim berkata, kejohanan yang berlangsung selama dua hari itu menyaksikan Pasukan Bola Jaring UUM muncul juara selepas menewaskan pasukan tuan rumah di peringkat akhir dengan jaringan 10 – 6.

Lebih manis lagi, Nur Aleya Maisarah Abdul Hamid, pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Pemasaran, dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak.

Sementara Abomo Otilia Abdullah, pelajar tahun dua Program Ijazah Sarjana Muda Perbankan turut menerima anugerah Pertahanan Terbaik bagi kejohanan ini.

Antara institusi pengajian tinggi yang turut mengambil bahagian ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT). – Nur Hafiza Omar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button