Sports

Zia Iqmal dan Charlayne Chong juara Kategori Pelajar Kejohanan Golf Terbuka UUM 2025

Gambar Unit Foto dan Video

SINTOK, 1 September 2025: Dua pelajar Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (UUM), Zia Iqmal Abdul Rasyid dan Charlayne Chong, muncul juara bagi Kategori Pelajar (Lelaki dan Wanita) dalam Kejohanan Golf Terbuka UUM 2025 yang berlangsung di Kelab Golf Sultan Sallehuddin, dekat sini, Sabtu lalu.

Sebagai johan, masing-masing menerima wang tunai RM1,500, sebuah cart bag dan piala.

Zia Iqmal menampilkan ketahanan dan konsistensi apabila menamatkan permainan tiga hari berjalan kaki dengan jumlah 213 pukulan (69, 72, 72).

Sementara itu, Charlayne turut mempamerkan aksi cemerlang dengan catatan keseluruhan 214 pukulan (73, 68, 73).

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Raja Muda Kedah, yang turut berkenan berangkat ke kejohanan berprestij yang julung kali diadakan.

Penganjuran kejohanan ini menyerlahkan bukan sahaja bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar UUM, malah memperkukuhkan peranan universiti dalam melahirkan atlet golf berdaya saing di peringkat antarabangsa. – Kori Ariff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button