Campus

UUM ambil langkah persediaan hadapi Audit Pengekalan Status Swaakreditasi

Gambar Muhammad Shamsul Shafie

SINTOK, 24 Februari 2025: Status Swaakreditasi merupakan satu status yang berprestij yang mencerminkan keunggulan dan kecemerlangan universiti di peringkat nasional dan antarabangsa.

Ia juga merupakan pengiktirafan kepada universiti yang telah terbukti memiliki reputasi cemerlang, disegani dan menjadi contoh kepada universiti-universiti lain dalam aspek kualiti pendidikan tinggi.

Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, pengekalan Status Swaakreditasi ini adalah pengekalan imej Universiti Utara Malaysia (UUM) sebagai sebuah Institusi Pendidikan Tinggi yang mempunyai sistem kualiti akademik yang cemerlang dalam bidang pengurusan serta mampu bersaing di pentas global.

Menurutnya, pengurusan UUM telah mengambil inisiatif menyediakan satu pelan tindakan yang komprehensif sebagai langkah persediaan UUM untuk menghadapi Audit Pengekalan Status Swaakreditasi, antaranya adalah ‘mock’ audit sebagai audit kendiri UUM untuk menguji dan menilai kesediaan UUM bagi menerima lawatan audit pada hari ini.

Katanya, pada Oktober 2023, UUM telah menerima Laporan Audit Pematuhan Status Swaakreditasi di mana UUM telah diberikan lapan Recommendations dan empat Suggestions for Improvement (SFI) yang harus diambil perhatian serius oleh semua pihak di UUM.

“Berdasarkan keputusan Audit Pematuhan, UUM telah diberi pertimbangan status Swaakreditasi selama setahun yang bermula pada 31 Januari 2024 sehingga 30 Januari 2025.

“Implikasi daripada keputusan ini adalah UUM tidak dibenarkan untuk mengakreditasi program dan Senat UUM tidak boleh meluluskan sebarang perkara berkaitan akreditasi program sepanjang tempoh pertimbangan ini kecuali bagi beberapa program yang telah mendapat pengecualian khas,” katanya secara online pada Mesyuarat Pembukaan Audit Pertimbangan Pematuhan Status Swaakreditasi Universiti Utara Malaysia yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, pagi ini.

Dr. Mohd Foad berharap sesi audit berjalan lancar dan semua dapat memperlihatkan kecemerlangan UUM dalam proses pengekalan status Swaakreditasi.

Panel audit terdiri daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) yang diwakili oleh Prof. Dr. Hazman Shah Abdullah dan Prof. Madya Ts. Dr. Zulkefli Mansor.

Sementara itu, Pengarah Pusat Swaakreditasi UUM, Prof. Madya Dr. Zulkiflee Daud telah membentangkan Pusat Pengajian Tinggi (PPT), antaranya Audit Program UUm (2023-2025) yang melibatkan Audit Akreditasi Penuh (2023 – Terkini), Audit Akreditasi Penuh (Deemed) (2023 – Terkini), Audit Pematuhan Akreditasi Penuh (2024 – Terkini), Audit Pematuhan Akreditasi Penuh (2023 – Terkini), Audit Penilaian Akreditasi oleh MQA dan Audit Premis (2023 – Terkini) serta tindakan terhadap syarat dan SFI Penilaian Swaakreditasi.

Hadir sama, Penolong Naib Canselor UUM COB merangkap Dekan TISSA, Prof. Dr. Ram Al Jaffri Saad dan Pendaftar, Ahmad Rasidi Abdullah.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button