Campus

10 pelajar UUM terima komputer riba dan bantuan tunai Boost Malaysia

SINTOK, 12 November 2024: Seramai 10 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima sumbangan komputer riba dan bantuan kewangan sebanyak RM500 daripada Boost Malaysia, sebuah platform kewangan digital.

Mereka merupakan penerima dari golongan keluarga kurang berkemampuan B40. Inisiatif ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar yang memerlukan alat bantuan pembelajaran dan sokongan kewangan bagi memudahkan mereka meneruskan pelajaran dengan lebih lancar dan selesa.

Penyerahan sumbangan telah disempurnakan oleh Chief People Officer Boost Holdings Sdn Bhd, Naziatul Shafeenaz di Majlis Perasmian Pesta Konvokesyen ke-37 UUM (PESKON 37), baru-baru ini.

Menurutnya, dengan adanya komputer riba ini, pelajar dapat mengakses bahan-bahan pembelajaran digital, menghadiri kelas dalam talian dan melengkapkan tugasan akademik dengan lebih mudah,” katanya. 

Ini merupakan satu langkah progresif hasil jalinan kerjasama antara pihak Boost Malaysia dan Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) UUM. 

Turut hadir ialah Pengarah Urusan Hotel The Lov Penang, Dato’ Sharifah Shareen Syed Rahman Al-Mashoor; Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr Mohd Foad Sakdan dan Timbalan-timbalan Naib Canselor.

Pengarah CUIC, Prof. Dr. Chandrakantan Subramaniam berkata, kedua-dua pihak telah merancang untuk melaksanakan beberapa lagi kolaborasi pada masa hadapan bagi memperkukuh sokongan terhadap pendidikan dan kebajikan pelajar.

Sumbangan daripada Boost Malaysia ini bukan sahaja mencerminkan keprihatinan syarikat terhadap golongan yang memerlukan, tetapi juga komitmen mereka dalam menyokong pembangunan pendidikan di negara ini.

Diharapkan bantuan ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para pelajar untuk terus mencapai kecemerlangan dalam akademik serta kehidupan.

Hadir sama, Timbalan Pengarah CUIC (Jaringan Industri), Dr. Normalisa Md Isa dan beberapa pegawai dari Boost Malaysia.- Siti Nazirah Jaya

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button