Campus

12 staf akademik terima watikah kenaikan pangkat ke profesor madya

Gambar Shamsaimi Ezil

SINTOK, 16 Jun 2025: Seramai 12 staf akademik Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima watikah kenaikan pangkat ke jawatan Profesor Madya (DS54) dalam satu majlis yang diadakan di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, pagi tadi.

Watikah tersebut disampaikan oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, sebagai penghargaan atas khidmat cemerlang serta sumbangan berterusan mereka dalam bidang akademik.

Pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP), Prof. Madya Dr. Nor Aziah Sham Rambely, melahirkan rasa syukur dan teruja atas pengiktirafan tersebut.

“Mula-mula terima berita ini, saya terus maklumkan kepada ayah saya yang sememangnya sangat menjadi harapannya.

“Saya datang daripada latar belakang keluarga akademik, malah kakak saya juga sudah bergelar Profesor Madya. Setelah lama berkhidmat, akhirnya saya menerima berita gembira ini, Alhamdulillah,” katanya.

Dr. Nor Aziah berkata, watikah ini menjadi suntikan semangat untuk terus menyumbang secara lebih aktif dalam pembangunan akademik serta meningkatkan mutu penyelidikan dan pengajaran.

Turut menerima, Prof. Madya Dr. Mastora Mustafar,
Prof. Madya Dr. Kamaruddin Radzuan, Prof. Madya Dr. Danilah Salleh, Prof. Madya Dr. Yurita Yakimin Abdul Mutalib, Prof. Madya Dr. Mat Rahimi Yusof, Prof. Madya Dr. Mohd Fairuz Jafar, Prof. Madya Ts. Dr. Nur Hani Zulkifli Abai, Prof. Madya Ts. Dr. Juhaida Abu Bakar,
Prof. Madya Dr. Fariza Hanim Rusly, Prof. Madya Dr. Sabariah Nordin, dan Prof. Madya Dr. Nashirah Abu Bakar.

Hadir sama, Timbalan Pendaftar, Azahari Azmi. – Nurul Hana Ahmad (Pelajar Pelatih dari USIM)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button