Campus

RM84,000 bantuan Skim Hibah MKSK cukup bantu arwah

Gambar Shamsaimi Ezil

SINTOK: Sepiah Shafie, 55, isteri kepada Allahyarham Nor Azman Abd Aziz, Pembantu Awam di Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Infrastruktur (JPPI), Universiti Utara Malaysia (UUM) berharap sumbangan bernilai RM84,000 menjadi sebahagian bekalan kepada arwah di akhirat.

Suri rumah itu menerima cek cura Skim Hibah Berkelompok MKSK – Takaful Ikhlas yang disampaikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Jabatan Sumber Manusia, Mohd Yusnaidi Md. Sabri di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, semalam.

Allahyarham Nor Azman meninggal dunia pada 12 April lalu akibat kemalangan jalan raya.

Menurut Sepiah, wang pampasan itu akan digunakan untuk melunaskan hutang arwah suaminya, membiayai upah haji bagi arwah dan menunaikan umrah bersama anak-anaknya.

Katanya, sebahagian daripada wang tersebut juga akan digunakan untuk menampung keperluan hidup seharian.

“Saya ingin selesaikan semua hutang-hutang arwah dan mahu hidup bebas daripada hutang.

“Wang pampasan yang diterima ini mencukupi untuk menampung kos persekolahan anak-anak, selain wang pencen arwah suami.” katanya.

Sepiah yang tidak bekerja kerana menjaga cucunya, merancang untuk kembali berniaga berdekatan sekolah anaknya setelah cucunya berpindah kembali ke Pulau Pinang bersama ibunya.

Selain itu, turut menerima sumbangan Skim Hibah Takaful MKSK ialah waris Allahyarham Mohd Zamri Salleh (RM82,000), waris Allahyarham Muhammad Aiman Harith Mohd Hashim (RM2,000) dan waris Allahyarhamah Ku Nur Aleesya Ku Mohd Amizi (RM2,000).

Majlis ini turut menyaksikan penyerahan sumbangan Tabung Kebajikan MKSK berjumlah RM500 kepada sembilan staf UUM yang terjejas akibat bencana alam banjir. – Nor Maisarah Mohamed Ali (Pelatih UiTM Shah Alam)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button