Campus

388 pelajar UUM terima bantuan Program Sulung 3.0

Gambar Hairul Nizam Zahari

SINTOK: Seramai 388 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) menerima bantuan Program Sulung 3.0 berjumlah RM3.5 juta yang disampaikan Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir di Dewan Mu’adzam Shah, malam tadi.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah memperkenalkan bantuan Program Sulung kepada golongan miskin di mana bantuan tersebut diberikan kepada pelajar yang menjadi anak pertama memasuki universiti.

Bantuan diberi dalam bentuk pengecualian yuran pengajian selama empat tahun di mana kos pengajian di UUM sebanyak RM2,380 setahun, maka untuk empat tahun ialah RM9,520 akan dikecualikan kepada penerima terpilih.

Turut menyaksikan penyerahan cek cura itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Dato’ Prof. Dr. Azlinda Azman; Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar dan Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button