Campus

Bengkel BOK SOC tingkat kesediaan hadapi proses akreditasi

Gambar Faridah Mat Isa

SINTOK, 31 Julai 2025: Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Dokumen Audit Body of Knowledge (BOK) pada 29 dan 30 Julai lalu di EDC UUM.

Pengerusi Program Sarjana, Prof. Madya Ts. Dr. Nor Hazlyna Harun berkata, bengkel ini merupakan inisiatif penting dalam usaha memperkukuh dokumentasi akademik dan pematuhan terhadap piawaian akreditasi.

Menurutnya, ia bertujuan memberi pendedahan dan bimbingan kepada pensyarah serta staf SOC dalam menyediakan dokumen audit BOK yang lengkap, tersusun dan selaras dengan keperluan standard Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) serta garis panduan universiti.

Katanya, penekanan turut diberikan kepada latihan praktikal dalam penyediaan bukti sokongan, semakan dokumen, dan penambahbaikan secara berkumpulan.

“Bengkel ini bukan sahaja membantu dalam penyeragaman dokumen tetapi juga menggalakkan kerjasama rentas jabatan dalam menyediakan bukti sokongan yang kukuh.

“Usaha ini diharap dapat menyumbang secara langsung kepada pencapaian KPI universiti khususnya dalam aspek pemantapan tadbir urus akademik dan peningkatan akreditasi program pengajian,” katanya.

Seramai 16 peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada barisan kepimpinan akademik, pensyarah, dan kakitangan pentadbiran SOC.

Antara peserta yang terlibat ialah Timbalan Dekan Akademik dan Antarabangsa, Prof. Madya Dr. Mazida Ahmad; Dr. Fazli Azzali, dan Prof. Madya Dr. Alawiyah Abd Wahab.

Sepanjang dua hari bengkel, peserta telah mengikuti lima sesi utama meliputi pengenalan struktur borang BOK, latihan mengisi borang, penyediaan dokumen sokongan, semakan standard, serta sesi pembentangan dan soal jawab.

Setiap sesi dikendalikan secara interaktif bagi memastikan pemahaman mendalam serta penglibatan aktif peserta.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen SOC dalam memastikan kecemerlangan akademik berterusan serta persediaan rapi menghadapi proses audit akan datang. – Mohd Nasri Mat Naser

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button