Campus

Dr. Nadzman dilantik ahli LPU UUM baharu, Dr. Sany Sanuri dilantik semula

Gambar Shamsaimi Ezil

SINTOK, 20 Julai 2025: Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini menerima pelantikan baharu Ahli Lembaga Pengarah Universiti (LPU) yang merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Dr. Nadzman Mustaffa merangkap Ketua Pegawai Digital Negeri Kedah.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 16 Julai 2025 hingga 15 Julai 2028, sekali gus memperkukuh tadbir urus universiti dengan kehadiran tokoh profesional berpengalaman dalam bidang perkhidmatan awam dan transformasi digital.

Watikah pelantikan telah disampaikan oleh Pengerusi LPU UUM, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar sambil disaksikan oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan, dalam satu majlis ringkas yang diadakan sebelum Mesyuarat LPU di Bilik Senat UUM, pagi ini.

Pada majlis sama, profesor di Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Prof. Dr. Sany Sanuri Mohd. Mokhtar turut menerima watikah penyambungan pelantikan sebagai Ahli LPU berkuat kuasa mulai 16 Julai 2025 hingga 30 April 2028.

UUM merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan sumbangan berterusan kedua-dua tokoh ini dalam memacu kecemerlangan tadbir urus dan hala tuju strategik universiti. – Kori Ariff

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button