GAT beri pendedahan teknik penilaian emas
Gambar Ihsan Permodalan Kelantan Berhad (PKB)
SINTOK, 25 November 2024: Unit Arrahn di Pusat Pengajian Perniagaan Islam (IBS), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Permodalan Kelantan Berhad (PKB) telah mengadakan program Latihan Penilaian Emas (GAT) di Pusat Pengajian Perniagaan Islam, UUM.
Program yang berlangsung selama lima hari bermula 24 November lalu bertujuan untuk memberi pendedahan kepada teknik penilaian emas melalui pelbagai kaedah tradisional dan moden sejurus meningkatkan kualiti peserta dalam pengendalian emas dikedai-kedai emas mahu pun di Arrahnu pajak gadai Islam.
Program yang disertai oleh 12 peserta dalam kalangan pemain industri dari pelbagai negeri termasuk dari Sabah, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan.
Seramai empat pensyarah IBS turut sama menyertai program profesional Arrahnu sebagai nilai tambah dalam pengajaran mereka di masa akan datang.
Dekan IBS, Prof. Madya Dr. Selamah Maamor berkata, program profesional Arrahn ini amat penting terutama dalam memperkenalkan masyarakat kepada kepentingan Arrahnu sebagai sebuah pajak gadai Islam dengan ketelusan serta akad yang tidak diragui.
Dalam sesi ini, Timbalan Pengarah Program Profesional Arrahnu, Dr. Noraini Mohd Yusuff mengetengahkan kepentingan kerjasama antara institusi pendidikan dan industri bagi melahirkan penilai emas yang mahir yang berkualiti dan sesuai dengan permintaan pasaran.
Selain itu, Program Profesional Arrahn ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para peserta, tetapi juga berperanan penting dalam memperkukuhkan hubungan antara akademia, dan industri sekali gus memberi impak positif kepada pembangunan Arrahnu di mata dunia. – Dr. Siti Latipah Harun