Campus

Inasis Proton perkasa pelajar melalui Program Cakna Keselamatan dan Kebolehpasaran

Gambar Inasis Proton

SINTOK, 23 Jun 2025: Inapan Siswa (Inasis) Proton, Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh usaha melahirkan pelajar berdaya saing menerusi Program Employer Connection: INASIS Proton Cakna, Selamat dan Kompeten, bersempena Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) 2025 anjuran HRD Corp, dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Kedah.

Majlis telah dirasmikan oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar UUM, Prof. Madya Dr. Zainuddin Omar, yang menekankan kepentingan pendedahan awal terhadap aspek keselamatan pekerjaan dalam kalangan pelajar.

Program ini menampilkan dua slot utama yang disampaikan oleh Ir. Khushaida Ahmad Khiri dari DOSH Kedah, yang memberi fokus kepada kepentingan pematuhan peraturan keselamatan industri dan slot kedua dikendalikan oleh Dr. Fatin Farha Mohd Saifuddin dari Pusat Pengurusan Kesihatan Universiti (PPKU), yang melatih peserta dalam teknik bantuan kecemasan (CPR).

Penolong Pengetua Inasis Proton, Dr. Mohamed Nazreen Shahul Hamid berkata, program ini membantu membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi juga bersedia dari segi mental dan fizikal menghadapi cabaran kerjaya.

Sementara itu, Pengarah program, Muhd Izzat Hanafi Nasiruddin pula menegaskan bahawa pendedahan seperti ini memperluas kefahaman pelajar tentang keperluan sebenar dunia pekerjaan.

Program diakhiri dengan sesi penghargaan dan bergambar, sekali gus menandakan komitmen berterusan INASIS Proton dalam melahirkan graduan holistik yang cakna dan kompeten. – Muhd Izzat Hanafi Nasiruddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button