Campus

KSG’s Canoe Day 2026 eratkan hubungan ahli Kelab Sejarah Gunaan

Berita dan gambar Muhammad Najmudin Nadzri

SINTOK, 6 Januari 2026: Seramai 40 ahli Kelab Sejarah Gunaan (KSG) Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai Program KSG’S Canoe Day 2026, satu inisiatif rekreasi yang bertujuan memperkukuhkan semangat kerja berpasukan dan gaya hidup sihat dalam kalangan pelajar ahli Kelab Sejarah Gunaan.

Program ini berlangsung di Tasik Guthrie UUM anjuran Biro Sukan dan Rekreasi Kelab Sejarah Gunaan dengan kerjasama strategik Kelab Kenu UUM menyaksikan penyertaan aktif daripada Jawatankuasa Kelab dan Ahli Kelab Sejarah Gunaan.

Peserta yang terlibat secara langsung dalam memperlajari teknik asas berkayak yang betul, di samping mempelajar aspek keselamatan yang kritikal.

Pengarah Program, Muizzuddin Ridzwan melahirkan rasa syukur dengan kelancaran acara dan sambutan menggalakkan daripada ahli kelab.

“Objektif utama kami adalah untuk membawa ahli KSG untuk kerjasama, komunikasi dan kepercayaan antara peserta, sekali gus menyokong matlamat untuk memperkukuh kesepaduan pasukan dan meningkatkan keberkesanan pengurusan Kelab Sejarah Gunaan.

“Melihat kerjasama yang ditunjukkan antara ahli KSG dan wakil daripada Kelab Kenu hari ini, saya percaya matlamat kita untuk membina semangat berpasukan yang utuh telah berjaya dicapai. Ini bukan sekadar tentang mendayung, tetapi tentang komunikasi dan kepercayaan kepada rakan sepasukan,” katanya.

Presiden Kelab Sejarah Gunaan, Muhammad Najmudin Nadzri menyifatkan program ini sebagai bukti bahawa pelajar sejarah juga aktif dan serba boleh dalam bidang sukan.

“Seringkali kita anggap bahawa pelajar sejarah hanya bergelut dengan bahan bacaan buku dan kajian lapangan semata-mata. Program seperti ini membuktikan bahawa mahasiswa KSG juga mementingkan keseimbangan holistik antara intelek dan kecergasan fizikal.

“Sinergi bersama Kelab Kenu UUM ini juga membuka peluang kepada ahli kelab untuk mempelajari kemahiran teknikal baharu. Kami berharap momentum ini akan diteruskan dalam program-program akan datang yang lebih mencabar melalui kolaborasi bersama badan pelajar lain juga” katanya.

Rata-rata peserta yang ditemui meluahkan rasa teruja, terutamanya bagi mereka yang pertama kali mencuba aktiviti berkayak.

Peserta, Sharif Mohammad Nazriyuddin Sarip Nasruddin dari Program Sarjana Muda Sejarah Gunaan Dengan Kepujian, mengakui program ini memberikan pengalaman yang cukup berbeza.

“Pada mulanya agak gementar kerana tidak biasa dengan aktiviti air, tetapi tunjuk ajar daripada fasilitator Kelab Kenu sangat membantu.

“Selain dapat hilangkan stres belajar, paling seronok apabila kayak kami hampir terbalik tetapi kami berjaya mengimbangkannya semula bersama rakan. Ia pengalaman yang sangat berharga,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut Ahli Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah Sesi 2025/2026, Nurul Ieman Azizan Ahmad Ezzanee Azizan.

Program seperti ini diharap dapat memperkukuhakn ikatan ukhuwah dan semangat kerja berpasukan dalam kalangan ahli, sekali gus melahirkan pelajar yang holistik dan seimbang daripada aspek intelek serta kecergasan fizikal selaras dengan aspirasi universiti.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button