Campus

Lawatan Juruaudit Kualiti Dalaman MS ISO 9001:2015 nilai keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti

Gambar Iffah Zarreen Ahmad Subri

SINTOK, 31 Julai 2025: Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima lawatan Juruaudit Kualiti Dalaman bagi Sistem Pengurusan Kualiti berasaskan standard MS ISO 9001:2015 yang telah berlangsung selama dua hari mulai 28 Julai lalu.

Timbalan Pengarah PPQA, Mohamad Hapisol Othman berkata, audit ini dilaksanakan bagi menilai keberkesanan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di PPQA serta memastikan pematuhan terhadap keperluan ISO 9001:2015, sejajar dengan objektif dan dasar kualiti UUM.

Selain itu, menurutnya, audit ini turut memberi fokus kepada aspek penambahbaikan berterusan, pemantauan prestasi serta pengurusan risiko dan pelan strategik yang berkaitan.

“PPQA komited untuk terus memperkukuhkan budaya kualiti dan memastikan sistem pengurusan kualiti sentiasa berada dalam keadaan terbaik dan berdaya saing, selari dengan aspirasi universiti sebagai institusi pengajian tinggi terkemuka di peringkat antarabangsa,” katanya.

Audit dilaksanakan oleh tiga Juruaudit Kualiti Dalaman yang dilantik, iaitu Ruzaidi Ramli selaku Ketua Audit, bersama dua ahli iaituFaizah Hashim dan Dr. Nur Yuhainis Ab. Wahab.

Audit dijalankan menggunakan kaedah pendekatan proses yang merangkumi sesi temubual bersama warga kerja PPQA, semakan ke atas dokumentasi dan rekod, serta pemerhatian terhadap pelaksanaan proses kerja yang berkaitan.

Mesyuarat Penutupan Audit yang dihadiri oleh semua auditor serta pihak pengurusan dan warga kerja PPQA telah membentangkan dapatan audit dan maklum balas diberikan bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Hasil pembentangan itu juga, PPQA telah mendapat 4 OFI hasil daripada audit tersebut. – Siti Hajar Mat Isa

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button