Campus

Naib Canselor UUM sokong agenda 2026 SUTRANITA 

Gambar Muhammad Shamsul Shafie

SINTOK, 8 Januari 2026: Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed meluangkan masa bersama barisan kepimpinan Persatuan Wanita Universiti Utara Malaysia (SUTRANITA) sempena mesyuarat pertama persatuan itu pada tahun 2026.

Kehadiran beliau dalam majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Canselori itu dilihat sebagai sokongan padu pihak pengurusan universiti terhadap peranan SUTRANITA dalam memperkasa ahli-ahlinya.

Mesyuarat itu dipengerusikan oleh Yang Dipertua SUTRANITA, Prof. Dr. Haslinda Ibrahim bersama 17 barisan kepimpinan persatuan termasuk dua Naib Yang Dipertua dan 15 Ahli Jawatankuasa.

Dalam ucapan pembukaannya, Dr. Haslinda memuji komitmen barisan jawatankuasa yang berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti bermakna sepanjang 2025.

“Kejayaan persatuan bergantung kepada kerjasama erat setiap AJK dan ahli. Kita perlu terus aktif dan fokus untuk mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya.

Beliau turut membuka ruang kepada semua jawatankuasa untuk menyumbang idea dan pandangan bagi mencorakkan hala tuju persatuan yang lebih dinamik.

Mesyuarat tersebut membincangkan tiga agenda utama iaitu pembentangan laporan aktiviti 2025, cadangan program baharu untuk dilaksanakan sepanjang 2026, serta perancangan awal pengurusan kewangan persatuan.

Semua cadangan aktiviti yang dikemukakan mendapat sambutan positif dan persetujuan barisan kepimpinan yang hadir.

Mesyuarat berakhir dengan optimisme tinggi bahawa SUTRANITA mampu memberi manfaat lebih besar kepada ahli-ahlinya pada tahun hadapan.

Sebagai penutup majlis, Dr. Ahmad Martadha bergambar kenangan bersama Yang Dipertua SUTRANITA, Dr. Haslinda dan kesemua jawatankuasa yang hadir sempena sambutan tahun baharu, melambangkan permulaan segmen baharu persatuan itu dengan sokongan penuh pihak universiti. – Sabariah Ismail

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button