Campus

PPQA usaha memperkasakan kualiti akademik ke peringkat serantau

Gambar Anith Raihana Zahari

SINTOK, 12 Ogos 2025: Bahagian Akreditasi Antarabangsa, PPQA (IAD-PPQA), telah menganjurkan Bengkel AUN-QA yang melibatkan tiga pusat pengajian iaitu Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), serta Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial (SAPSP).

Pengarah PPQA, Prof. Dr. Mohd Haniff Jedin berkata, bengkel ini memberi pendedahan komprehensif berkenaan sistem penjaminan kualiti serantau AUN-QA, dengan penekanan kepada lapan kriteria utama yang menjadi asas kepada pengiktirafan akreditasi.

Menurutnya, peserta dibimbing untuk memahami secara mendalam elemen-elemen penting dalam penyediaan laporan penilaian kendiri (Self-Assessment Report – SAR) serta strategi menghadapi audit.

Seramai 20 pensyarah yang terlibat menunjukkan penglibatan aktif melalui sesi perbincangan, latihan simulasi, dan perkongsian amalan terbaik.

Bengkel ini turut menampilkan penceramah jemputan, Prof. Madya Dr. Mohammad Zaki Ahmad dari Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS), yang berkongsi pengalaman langsung kejayaan pusat pengajian tersebut mengekalkan akreditasi AUN-QA, baru-baru ini.

Pengalaman beliau memberi nilai tambah signifikan kepada bengkel ini, dengan memberi inspirasi serta cadangan praktikal yang boleh disesuaikan dengan konteks ketiga-tiga pusat pengajian.

Secara keseluruhan, bengkel ini bukan sahaja memperkukuh kefahaman peserta terhadap piawaian AUN-QA, malah menjadi platform strategik untuk merancang hala tuju penambahbaikan kualiti akademik secara bersepadu dan berimpak tinggi menjelang audit tahun hadapan. – Atiyah Yaakob

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button