Campus

Program Smart PLS 4.0 beri panduan aplikasi analisis data kepada pelajar pascasiswazah dan staf UUM

Berita dan gambar Dr. Nooraini Ismail

SINTOK, 23 Julai 2025: Seramai 35 peserta dalam kalangan pelajar pascasiswazah dan staf Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menyertai program Smart PLS 4.0 Talk: A Comprehensive Guide to Data Analysis yang berlangsung di EDC UUM, baru-baru ini.

Program anjuran Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML) dimulakan dengan ucapanĀ  perasmian oleh Dekan STML, Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Salleh yang menyatakan penghargaan terhadap sambutan menggalakkan daripada peserta serta harapannya agar program ini mampu meningkatkan keupayaan peserta dalam menganalisis data menggunakan kaedah terkini.

Menurutnya, program ini telah mencapai objektif utamanya untuk memberi panduan menyeluruh kepada peserta dalam memahami dan mengaplikasikan analisis data menggunakan SmartPLS 4.0 secara efektif.

Program latihan ini dikendalikan oleh Pengarah Akademik OYAGSB, Prof. Madya Dr. Chuah Chin Wei yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang Structural Equation Modeling (SEM).

Antara topik utama yang dibincangkan termasuklah pengenalan kepada PLS-SEM, model pengukuran dan struktur, serta penilaian model menggunakan perisian SmartPLS 4.0.

Sesi kali ini memfokuskan kepada konsep asas SEM, termasuk perbezaan antara pengukuran formatif dan reflektif, kesahan konvergen, kebolehpercayaan, dan validiti diskriminan.

Peserta juga diberi pendedahan kepada penetapan model, penilaian model dalam SmartPLS 4.0, serta kaedah pelaporan dan pengeksportan keputusan analisis.

Penganjur turut berharap agar program seperti ini dapat diteruskan bagi menyokong agenda penyelidikan berkualiti tinggi.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button