Campus

‘Publishing In High Impact Journals: From Editorial Perspectives’ platform bimbing pensyarah muda dalam dunia penerbitan

Berita dan gambar Dr. Norasyikin Mohaiyuddin

SINTOK, 22 Mei 2025: Jawatankuasa Penerbitan Pusat Pengajian Pendidikan (SOE) telah menganjurkan program Publishing In High Impact Journals: From Editorial Perspectives sebagai platform untuk membimbing pensyarah muda dalam dunia penerbitan.

Pengurus Jawatankuasa Penerbitan, Dr. Norasyikin Mohaiyudin berkata, program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pensyarah muda tentang penerbitan jurnal berimpak tinggi.

Menurutnya, sesi ini disampaikan sepenuhnya oleh Prof. Dr. Tengku Faekah Tengku Ariffin bersama moderator, Prof. Madya S. Kanageswari Suppiah Shanmugam dari pusat pengajian yang sama.

Katanya, antaranya objektif utama program ini ialah membimbing peserta menguasai teknik menulis artikel, memilih jurnal, proses review dan menerbitkan artikel di jurnal berimpak tinggi.

“Program ini bukan sahaja membuka peluang kepada pensyarah muda untuk mempelajari teknik menulis artikel dengan lebih berkesan, tetapi juga memperkukuhkan budaya penerbitan dalam kalangan akademia.

“Dengan bimbingan yang tepat, golongan muda dalam dunia akademik dapat menyumbang kepada penyebaran ilmu secara meluas penerbitan di jurnal berimpak tinggi,” katanya.

Sebagai inisiatif yang menyokong agenda penerbitan ilmiah, program ini dijangka memberi impak besar kepada pembangunan profesionalisme pensyarah muda dan memperkasakan bidang pendidikan melalui penulisan berkualiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button