Campus

SLCP jelajah dari Hutan Sintok ke Hati Malaysia

Gambar Che Hasniah binti Ya’acob

SINTOK, 3 September 2025: Unit Pengajian Islam dan Falsafah (UPIF) dengan kerjasama Unit Bahasa Antarabangsa (UBA), Jawatankuasa Kerohanian dan Rekreasi, serta Kelab Barakah Pusat Pengajian Bahasa, Tamadun dan Falsafah (SLCP) telah menganjurkan program jelajah hutan Sintok iaitu SLCP: Dari Hutan Sintok ke Hati Malaysia, semalam.

Pengarah Program, Dr. Mohd Ammyrul Ashraf Sairan berkata, program ini diadakan sempena sambutan Bulan Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bertujuan untuk menyemarakkan semangat patriotisme serta memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan staf.

Menurutnya, aktiviti santai dan menyeronokkan ini telah menarik penyertaan 30 staf SLCP yang menyelusuri sekitar kawasan kampus.

Selain itu, katanya, program ini memberi peluang kepada staf untuk berehat daripada rutin harian dengan menghirup udara segar dan menghargai keindahan alam sambil meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat dan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

“Program ini merupakan inisiatif untuk memberi nafas baharu kepada sambutan Hari Malaysia dengan menggabungkan aktiviti rekreasi dan pendidikan.

“Program ini juga dapat meningkatkan tahap kesihatan mental di samping memupuk semangat cintakan tanah air dan alam sekitar dengan menghargai dan memulihara alam sekitar,” katanya. – Ang Wei Yin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button