Campus

Tiada penemuan NCR dalam Audit Pemantauan SIRIM QAS

SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak menerima sebarang Laporan Ketidakakuran (NCR) dalam audit SIRIM QAS Audit Pemantauan MS ISO 9001:2015 sepanjang tiga hari proses audit dijalankan bermula 7 Oktober lalu.

Ketua Auditor SIRIM, Hasnida Ghazali berkata, hasil audit yang dijalankan mendapati UUM tidak menerima sebarang NCR, bagaimanapun hanya dua laporan bertulis iaitu ‘Opportunities for Improvement’ (OFI) diberikan.

Menurutnya, OFI pertama ialah berkaitan kawalan penyediaan pengeluaran dan perkhidmatan iaitu merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan kedua ialah format pelaporan dokumen CQI di dalam sistem OBE.

Katanya, secara keseluruhan, UUM berjaya laksanakan pengurusan sistem kualiti dengan baik dan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkhidmatan diberikan berjalan lancar.

“Tahniah juga kepada UUM di mana Bahagian Pengurusan Risiko telah memasukkan isu berkaitan perubahan iklim dalam audit dan menunjukkan bahawa UUM mengorak langkah dalam hal ini.

“Terima kasih kepada semua termasuk Pusat Pengurusan Kualiti dan Akreditasi (PPQA) kerana memberi komitmen sepanjang audit pemantauan ini berlangsung dan tahniah juga kepada audit dalaman UUM dan audit kendiri yang membolehkan UUM sifar NCR,” katanya pada Mesyuarat Penutupan Audit SIRIM QAS di Bilik Senat, semalam.

Sementara itu, Naib Canselor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan berkata, beliau berterima kasih kepada juruaudit SIRIM atas kecekalan dan komitmen diberikan selama tiga hari terbabit audit pemantauan.

Menurutnya, UUM berusaha untuk patuh pada semua audit dilakukan bagi memastikan standard dicapai.

Hadir sama, Pengarah PPQA, Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin dan ketua pusat tanggungjawab dan dekan pusat pengajian.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button